Jumaat, 9 Januari 2009

Persahabatan itu ?

Persahabatan itu umpama dakwat dan kertas
Dakwat memberi erti apabila tercatatnya ia diatas kertas

Persahabatan itu umpama kuku dan jari
Tanpa kuku jari tiada seri

Persahabatan itu umpama daun dan bunga
Cantiknya bunga kerana di sisinya ada daun yang cantik

Persahabatan itu umpama nasi dan lauk
Tanpa kedua-duanya hilanglah selera
Laparlah perut

Persahabatan itu umpama gincu dan bibir
Calitkan gincu agar bibir terserlah ayu itu

Persahabatan itu umpama deria manusia
Tanpa salah satunya , hilanglah nikmat merasa

Persahabatan itu terjalin antara kita
jangan diputuskan hanya kerana kita berbeza pandangan

Aku mahu jadi sahabatmu , aku mahu jadi pendengarmu ,
aku mahu di sisimu kerana kaw sahabat sejatiku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan